Ragam aktif

Ragam aktif ialah ragam tatabahasa yang kerap dalam banyak bahasa di dunia. Ragam ini merupakan ragam tidak bertanda untuk klausa-klausa yang menonjolkan kata kerja transitif dalam bahasa-bahasa nominatif–akusatif termasuk bahasa Melayu dan kebanyakan bahasa Indo-Eropah lain.Ragam aktif digunakan dalam Klaus a Yang subjeknya mengungkapkan pelaku bagi kata kerja utama. Iaitu, subjek melakukan tindakan yang ditandakan oleh kata kerja.[1] Suatu ayat yang pelakunya ditandakan sebagai subjek tatabahasa dipanggil ayat aktif. Sebaliknya, suatu ayat yang dalamnya subjek mempunyai peranan pasien atau tema dinamai ayat pasif, dan kata kerjanya diungkapkan dalam ayat pasif. Banyak bahasa mempunyai kedua-dua ragam aktif dan ragam pasif; ini membolehkan kefleksibelan lebih besar dalam pembinaan ayat, kerana sama ada pelaku atau pasien semantik boleh mengambil peranan sintaksis bagi subjek.[2]